Wednesday, February 27, 2013

0 Buat duit dengan menulis blog

Assalamulaikum dan salam sejahtera

seperti yang kita tahu ramai orang sudah mengenali internet dan menjana pendapatan daripadanya.Tetapi ramai juga yang tidak tahu langsung menjana pendapatan daripada internet.Senario ini berbeza dengan negara maju lain khususnya Amerika Syarikat.Majoriti rakyatnya cenderung menggunakan media internet sebagai sumber pendapatan samada separuh masa atau sepenuh masa.

Masyarakat sering membuat andaian bahawa menjana pendapatan dari internet cuma angan-angan kosong yang tidak memberi manfaat malah hanya membuang masa.Tidak! saya menegaskan kita sebagai manusia sering membuat perubahan demi meningkatkan kemajuan kita sebaris dengan bangsa yang lain yang sudah pun maju kehadapan.

Kini jangan jadikan alasan sebagai penghalang kita untuk berjaya.Orang lain sibuk menjana duit dari internet kita pula asyik memberi alasan.

Pernakah anda menjumpai iklan-iklan di internet atau tidak kisah dimana-mana. ''Menjana pendapat dari rumah" "buat duit dengan santai" pernah bukan? kadang-kadang kita termakan dengan janji manis . Saya nasihatkan anda menjauhi sebarang program skim cepat kaya,pelaburan yang ragui kesahihannya. buka minda fikir lah secara logik.

Kenapa blogging?

ok straight to point ,kebiasaannya blogger menjana pendapatan dari program pengiklanan seperti nuffnang ,google adsense,innity dan program-program pengiklanan yang lain.Jangan terkejut terdapat sebilanggan blogger meraih pulangan sehingga puluhan ribu ringgit.

Gaya hidup kini sedang berubah,kini berblogging di jadikan kerjaya tetap. Daripada hobi menjadi kerjaya  menarik bukan.

Perlu saya ingatkan , semua kejayaan ada bayarannya. Semakin kuat kita berusaha semakin tinggi kejayaan dapat di capai. Semua datang dari usaha anda sendiri.

untuk menjadi blogger yang berjaya kita perlu semangant yang tinggi ,sentiasa beriltizam dan berkeyakinan dalam apa yang kita usahakan


 

asep Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates